Sumber: Malaysiakini

Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogel dan dipukul dengan batang besi, bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alami.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Baca seterusnya di "Peguam akan dedah SPRM dera saksi"

Sumber: Detikdaily

Oleh Ruhanie Ahmad

Insan manusia sering diandaikan sebagai individu atau kelompok yang sentiasa dikuasai oleh pelbagai prasangka dan naluri negatif terhadap satu sama lain. Walaupun kini kita berada dalam era dunia pasca moden, negitiviti ini tetap wujud dan tiada penghujungnya. Situasi ini mewujudkan dilema kepada pihak-pihak prihatin. Dalam konteks dilema politik Malaysia mutakhir, pihak-pihak ini adalah UMNO, BN dan pemerintah.

UMNO dicengkam dilema kerana kredibilitinya yang tercemar sejak kepimpinan pra-Najib. UMNO mutakhir memang berusaha keras untuk memperbetulkan dirinya. Tetapi, kerana kebokrokan era pra-Najib---dari segi imej, persepsi, karenah, personaliti, kepimpinan, dan daya juang---masih gagal ditemui punca-puncanya secara menyeluruh, maka apa jua yang dilaksanakan oleh kepimpinan Najib nampaknya masih diterima secara sinis oleh segolongan warga dan simpatisan UMNO.

Sebagai tulakbelakang BN, UMNO juga dibebani masalah parti-parti komponennya. MCA bercelaru. MIC haru-biru. Gerakan seolah-olah jadi keris makan tuan. PPP asyik dengan episod rebutan kuasa. Lain-lainnya walaupun kurang berdetik, ini tidak bermakna mereka tidak bermasalah.

Kelemahan BN ini pula mencetuskan dilema kepada pemerintah. Ini kerana bila BN lemah akibat UMNO yang luntur kredibalitinya dan akibat permuafakatan antara komponen BN yang agak rapoh, maka timbullah kelompok oportunis, penangguk di air keruh, pelukut di tepi gantang, pemeras-ugut dan segala-galanya yang akan memberikan tekanan demi tekanan kepada pemerintah untuk mendapatkan apa jua yang sukar diperolehinya sewaktu UMNO kuat dan BN kukuh.

Dilema siasah di atas memerlukan penyelesaian segera dan efektif. UMNO, BN dan pemerintah wajar menggunakan konsep dan pendekatan keselamatan politik dan keselamatan rejim untuk menyelesaikannya.

UMNO perlu mengadakan analisis tiga aras---di aras terbawah, kajilah kekuatan dan kelemahan UMNO akar umbi dan bahagian; di aras tengah, kajilah UMNO peringkat negeri; di aras tertinggi, kajilah UMNO di peringkat kepimpinan pusat. Aktor-aktor politik di seluruh aras terbabit perlu di analisis dengan ikhlas, tegas dan berani---kayu mati mesti disingkir, duri dalam daging mesti dihapus, gunting dalam lipatan mesti dimusnah. Segala masalah di kesemua aras ini mesti diterima dengan dada terbuka---jangan disorok bawah permaidani, jangan diatasi dengan sindrom penafian, jangan diselesaikan menerusi tindakan selektif.

Sember: Detikdaily

Ada pun maksud kedatangan surat ini ialah sekadar bertanya sesuatu perkara. Tadi, saya melihat kenyataan tuan berhubung kes Kartika yang asalnya mahu dihukum sebat pada bulan Ramadhan. Kini, lepas berbuka puasa baru ada waktu untuk bertanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Dato’ Shahrizat Jalil menyifatkan hukuman itu perlu juga ditanggguhkan. Tuan juga turut menyatakan hal yang sama. Demikianlah juga keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Kita semua bencikan penangguhan dan penundaan. Sebut saja kes mahkamah, kerap kita dengar isu keputusan yang lambat. Sekarang, sudah terbalik 360 darjah!

Keputusan telah disebut, tetapi hukuman telah ditangguh dan ditunda selepas raya!

Sama keadaannya dengan PPSMI. Kami secara jumhurnya tak dapat terima penangguhan dan penundaan dasar kejam dan batil itu sehingga 2012.



Namun, alasan yang saya tidak dapat menerimanya secara peribadi ialah apabila media melaporkan kenyataan pihak-pihak tertentu bahawa penundaan kes sebat model sambilan itu ditunda hingga selepas hari raya ini berikutan kerana mahu menghormati Ramadhan.

Bukankah Ramadhan ini bulan keampunan, bulan yang sepatutnya orang terima segala macam ujian dan cubaan? Dan, akhirnya pada Syawal itulah kita raikan kemenangan kita.

Kalau kita lanjutkan pada hari raya Aidil Fitri, maka rosaklah mood raya yang sepatutnya pada hari itu, umat Islam termasuklah Kartika bergembira di samping keluarga.

Oleh kerana kes ini berlaku dalam negeri Perak, negeri di mana tuan didakwa terlibat di dalam usaha merobohkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat, maka tuan juga harus masuk campur, dan ikut membincangkannya.

Oleh kerana, isu ini berlaku dalam negeri Perak yang mana muftinya seperti berdiam diri ke atas hal polan-polan tertentu yang melarikan Dun Perak, maka mufti pun sepatutnya bersuara juga ke atas hal ini.

Juga, Menteri Besar Perak yang baru, harus bertanggungjawab ke atas setiap kes Kartika, yang berada di bawah negeri naungannya secara haram itu.

Saya tak tahu bagaimana mahu berbicara langsung dengan tuan. Barangkali, di luar sana akan ada pihak-pihak tertentu yang akan mengirim warkah ini kepada tuan. Saya hanya dapat mengarang sahaja, dan selebihnya saya berserah kepada Tuhan.

Masa makin suntuk dan kita semua menuntut penjelasan segera. Kenapakah sukar mahu menjalankan hukuman ke atas Kartika sedangkan itulah pilihan yang dia mahu?

Kita menuntut hukuman itu dijalankan bukan sebab kita mahu melihat Kartika menderita sebaliknya umat Islam yang jujur ini, mahu melihat hukuman itu dilaksanakan di dunia dan akhirnya terlepas di akhirat. Juga, hal ini menjadi pengajaran buat yang lain.

Azan Isyak telah berkumandang di udara. Jika ada lebihan masa surat ini akan disambung semula isi surat ini, insya Allah Ta’ala. Kita terawih dulu … Wassalam … (8:48 p.m)

[Kepada yang dapat memanjangkan maksud surat ini kepada Najib Razak, dialu-alukan berbuat demikian. Pandangan dan maklumbalas, boleh diemailkan "ibnuamir@yahoo.com"]

Sumber:Kerabu Besuara

Perangkaan tidak rasmi menunjukkan PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar.

Bagaimanapun ia masih rendah daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Menurut sumber PAS, calonnya Mohd Salleh Man mendapat 9,712 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,050 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,662, kurang 771.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Sumber:BIAQPILA

Kedah Sejahtera, nikmat untuk semua

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

Biarpun ditumbangkan rakyat secara mengejut pada PRU-12 lalu, Umno-BN Kedah tetap yakin kerajaan baru gabungan bersama PAS, KeADILan dan DAP hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan sahaja. Selain prejudis dengan kemampuan gabungan yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat itu mengurus tadbir kerajaan, faktor kewangan Kerajaan Negeri Kedah ketika itu juga menjadi ukuran.

Mana tidaknya, Pakatan Rakyat terpaksa mentadbir kerajaan untuk baki 9 bulan bagi tahun 2008 dengan kemampuan kewangan hanya untuk 3 bulan. Semuanya kerana Umno-BN terlebih dahulu secara rakusnya menghabiskan perbelanjaan kerajaan untuk 9 bulan dalam hanya 3 bulan terawal 2008 gara-gara kempen PRU-12.


Lebih melucukan, terdapat juga dari kalangan kakitangan kerajaan negeri yang 'hilang punca' kerana kerisauan menggila kononnya kerajaan negeri akan menghadapi masalah untuk membayar gaji mereka.

Sementara gerak saraf jahat turut dimainkan pihak tertentu menghasut para pelabur asing khususnya di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) agar meninggalkan negeri ini dengan momokan kononnya kerajaan baru ini beraliran seperti Taliban di Afghanistan.

Begitu juga Rizab Simpanan Negeri Kedah yang hanya berjumlah RM200 juta semasa Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan berbanding Selangor, Perak dan Pulau Pinang di mana sudah mempunyai rizab berbilion ringgit.


BN sangka Pakatan Rakyat jahat seperti mereka

Keyakinan Umno-BN turut bersandarkan kepada sangkaan bahawa Pakatan Rakyat mempunyai tabiat 'kawaq' seperti mereka. Kerana itu mereka sibuk memantau aliran kewangan menunggu 'penyelewengan' yang dianggap akan dilakukan.

Ternyata sangkaan Umno-BN termasuk dari pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang memandang enteng terhadap keupayaan membangunkan negeri meleset sama sekali. Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang dianggap sebagai 'lebai berkain pelikat' itu rupanya serba serbi tahu.

Selepas selesai menyusun struktur pentadbiran kerajaan negeri di awal pentadbirannya, beliau memberi tumpuan pula kepada pembangunan ekonomi negeri termasuk menyusun semula Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah. Tidak ada lagi 'urusan di bawah meja', segala ketirisan sedia ada ditampal dan segala kemungkinan penyelewengan dikekangnya, manakala projek kerajaan dijalankan secara tender terbuka.

Sebaliknya, Umno-BN pula menjadi tidak keruan tatkala MB menyemak kembali penyata-penyata terdahulu lalu penyelewengan yang dikesan dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).


Boros vs Berhemah

Mengemudi kerajaan yang telah diharu-birukan tinggalan Umno-BN bukan perkara mudah. Selain hasil ekonomi berlegar sesama mereka, cara pengurusan perbelanjaan BN juga tersangat boros, membazir dan tidak menguntungkan rakyat.

Misalnya untuk jamuan sempena program-program tertentu yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Sri Mentaloon, pengendali makanan pernah mengenakan bayaran sehingga RM90 bagi setiap individu. Oleh itu di bawah pentadbiran Ustaz Azizan, beliau telah bertindak mendapatkan pengendali makanan lain tetapi mampu menyediakan makanan yang lazat dengan kos kurang dari RM10 bagi setiap individu.

Cabaran kian memeritkan buat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah apabila turut berhadapan kos pengurusan akibat kenaikan harga minyak pada Jun tahun lalu disusuli kegawatan ekonomi global. Maka menanganinya, arahan dikeluarkan kepada semua agensi kerajaan supaya mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30 peratus peruntukan untuk pembangunan dan 10 peratus untuk perbelanjaan mengurus.

"Kita kurang wang sedikit tidak mengapa. Masa kita senang kita berhemah, masa kita susah kita berbelanja. Ini bukan perkara pelik, krisis ekonomi ini ia berpusing. Takkan orang susah sampai bila-bila, nanti akan senang semula," ujarnya Ustaz Azizan melahirkan keyakinannya.

Simpati dengan nasib rakyat di sektor swasta yang mengalami kesan kegawatan hingga terpaksa diberhentikan kerja, Kerajaan Negeri Kedah segera mengambil langkah memotong gaji anggota Exco Kerajaan Negeri sebanyak lima peratus manakala para pegawai kerajaan negeri turut ditawarkan untuk berbuat demikian secara sukarela.

Keprihatinan turut dizahirkan kepada kakitangan kerajaan negeri apabila mereka ditawarkan untuk mengadakan pertukaran suka sama suka bagi menghadapi kesan peningkatan kos tersebut.

Sementara rakyat keseluruhannya pula disuntik semangat yang sama apabila diminta melaksanakan projek-projek kecil secara amalan bergotong-royong. Dari amalan gotong-royong, kos projek yang dikertas kerjakan bernilai ratusan ribu ringgit berjaya dilaksanakan dengan kos hanya ribuan ringgit sahaja.

Natijahnya dari sikap berhemah itu, penyata kewangan bagi tahun 2008 menunjukkan kerajaan negeri berjaya menjimatkan wang sebanyak RM14 juta. Jika dahulu lebihan sedemikian menjadi 'habuan' lawatan ke luar negara atas nama lawatan sambil belajar, kini lebihan sedemikian digunakan untuk kepentingan rakyat dengan melaksanakan bantuan kecil seperti membaiki surau, jambatan dan seumpamanya.

BN yang dicanang-canang sebagai pentadbiran bijak telah memberikan pendapatan hanya RM3 juta untuk 1,000 hektar kawasan pembalakan di Kedah. Bagaimanapun dengan keluasan yang sama, Pakatan Rakyat memberikan suntikan sebanyak RM16.3 juta. Sehingga Julai tahun ini, Kerajaan Negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat telah memperolehi RM35 juta dari hasil balak melalui polisi tender terbuka yang dilaksanakan dan tentunya akan semakin bertambah hingga hujung tahun ini berbanding RM9 juta setahun diperolehi BN.

Begitu juga dalam pengurusan GLC, jika semasa BN tidak pernah kedapatan GLC yang memberi dividen kepada kerajaan negeri, tetapi pada tahun ini kerajaan negeri akan menerima dividen dari GLC dijangka berjumlah RM35 juta. Tentunya dasar korporat GLC Negeri Kedah yang digubal ke arah mesra rakyat dan mementingkan rakyat ini bakal memberikan banyak manfaat buat penduduk di negeri ini khususnya golongan memerlukan.


BN ah-long, Pakatan Rakyat tolong

Ustaz Azizan menginsafi bahawa pemerintahan BN selama 50 tahun hanya melahirkan rakyat yang 'hopeless'. Rakyat menjadi miskin tegar sedangkan pemimpin BN dan kroni mereka menjadi kaya tegar kerana mengaut harta negara dan hak rakyat sebagai pemilikan mereka sendiri.

Setiap tahun pemerintahan BN juga mendabik dada berbangga kerana bantuan kebajikan masyarakat dan zakat semakin meningkat dapat diberikan kepada rakyat yang sengaja 'dikepung' mereka dalam kancah kemiskinan. Lantas, sebaik sahaja pentadbiran kerajaan negeri bertukar tangan, Ustaz Azizan menyanggah pendekatan sedemikian.

"Bukan cara kita tahun ni kita bagi bantuan kepada 1,000 orang, tahun depan nak bagi (kepada) 2,000 orang. Itu bukan cara kita.

"Kita nak tahun ni beri (kepada) 1,000 orang tahun depan beri (kepada) 500 orang. Ertinya rakyat sudah senang dan dia tak perlukan lagi kepada bantuan," ujarnya menerangkan konsep sebenar yang diajar Islam berhubung pemberian bantuan dan zakat.

Kisah Khalifah Umar al-Khattab memberi dua ekor unta sebagai zakat kepada seorang lelaki miskin sedangkan di masa Rasulullah lelaki itu menerima seekor unta sering menjadi hujahnya. Katanya, Umar menjelaskan kepada lelaki itu bahawa beliau mahu dengan pemberian dua ekor unta itu lelaki tersebut berdikari mengembangbiakkan untanya hingga akhirnya tidak lagi menjadi penerima zakat sebaliknya pemberi zakat.

Begitu juga pegangan masyarakat Cina bahawa seseorang yang susah tidak diberi ikan setiap hari tetapi diberi kepadanya joran agar dia dapat berdikari mencari ikan, turut menjadi sebahagian hujahnya.

Konsep itulah sedang dikembang-fahamkan oleh kerajaan ini, rakyat dididik dan dibantu untuk berdikari dengan kemahiran dan pemilikan yang paling minimum. Antaranya, kerajaan negeri menyedari bahawa rakyat negeri ini memiliki sumber berkaitan pertanian seperti tanah, tanaman, ternakan, buah-buahan dan seumpamanya. Namun hanya berkitar untuk kegunaan sendiri dan jika diniagakan pun tetap menimbulkan lambakan kerana tiada keupayaan memasarkan dan mendapatkan pasaran.

Kerana itu kerajaan negeri mengambil peranan termasuk melalui GLC seperti Kedah Agro Holding Berhad (KAHB) meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa untuk hasil pertanian. Penduduk dipelawa menerima ajakan tersebut secara individu mahupun kumpulan, selain turut diberi galakan untuk menukar hasil sedia ada kepada inovasi melalui pengeluaran produk hiliran. Manakala, projek-projek kecil pertanian yang bakal diwujudkan kerajaan negeri seperti penternakan ikan dalam sangkar bagi tujuan eksport turut membuka peluang penyertaan kepada rakyat. Biarpun cara sedemikian dianggap 'simple', tetapi sekurang-kurangnya ia membantu menambahkan pendapatan penduduk yang mahu berdikari.

Rakyat semasa pemerintahan BN bukan sahaja dimiskinkan dan dibebankan dengan harga keperluan yang sentiasa meningkat, tetapi tanggungan kerajaan juga selalunya dipindahkan kepada rakyat melalui cukai langsung dan cukai tidak langsung. Tetapi Kerajaan Negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat mencipta sejarah dengan menurunkan cukai tanah antara 25 hingga 75 peratus. Sesuatu yang belum pernah dibuat mana-mana pemerintah BN.

"Walaupun kita kurang RM50 juta (disebabkan penurunan cukai tersebut), tetapi bayaran itu kita dapat samakan balik berdasarkan tunggakan yang orang tak mahu bayar dulu, orang dah bayar balik (kini)," maklum Ustaz Azizan bahawa rakyat mulai berminat membayar cukai kerana tidak membebankan mereka.

Kerajaan Negeri Kedah juga terpaksa menanggung 'kerugian' RM100 juta setiap tahun kerana tidak membuka kawasan pembalakan di luar kawasan tadahan hujan Hutan Simpan Ulu Muda dan sekitarnya, semata-mata untuk memastikan bekalan air bagi sektor pertanian tidak terjejas, termasuk bagi kegunaan negeri Pulau Pinang dan Perlis. Sedangkan Kerajaan Persekutuan pimpinan BN enggan memuktamadkan perbincangan berhubung 'Payment of Enviromental Services' tersebut yang wajar diterima Kedah.

Tidak hanya cukai, Ustaz Azizan pernah melahirkan keprihatinannya terhadap keperluan kemudahan kesihatan masa kini di mana kos rawatan yang tinggi tidak mampu dikurangkan dengan pungutan cukai.

Maka beliau melahirkan harapan agar dapat membeli insuran rawatan untuk rakyat sekiranya kerajaan memiliki wang yang banyak.

"Takkanlah nyawa ini nak beri kepada orang kaya sahaja untuk hidup, orang miskin mati. Ini tak boleh. Kerajaan kena fikir macam mana nak tolong orang (miskin) ini," ujarnya pada satu program.

Selain itu, beliau juga berhasrat menyediakan sarapan pagi buat kakitangan kerajaan negeri sekiranya mempunyai wang yang banyak. Tujuannya supaya mereka tidak lewat ke pejabat demi memastikan kerja-kerja untuk rakyat diselesaikan dalam waktu sewajarnya.

Tentunya lebih 'mewah' rakyat di Kedah dengan pelbagai aneka kemudahan sekiranya kerajaan negeri ini mempunyai wang yang banyak suatu masa kelak.


Jana pembangunan ekonomi

Usaha Kerajaan Negeri Kedah memacu semula ekonomi negeri semakin rancak dengan masa yang berjalan. Exco-exco dan pegawai kerajaan tidak menghabiskan duit melawat ke luar negara untuk belajar sahaja tetapi berjaya menjalin hubungan kerjasama perdagangan khususnya di bidang pertanian. Hal ini selaras dengan cita-cita Kedah untuk muncul sebagai 'Belanda Timur' sekaligus menjadi jelapang makanan negara.

Usaha-usaha yang dijalankan bukan sahaja mendatangkan tambahan pendapatan kepada kerajaan negeri, tetapi juga rakyat selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Kerajaan negeri kata Ustaz Azizan, tidak mahu hanya bergantung kepada pendapatan konvensional dari pelbagai cukai sedia ada, sebaliknya berusaha menambahkan hasil melalui pendekatan yang diperkenalkan di dalam pentadbiran agar dapat menyediakan kemudahan yang diperlukan rakyat.

Keupayaan itu dibuktikan apabila para pelabur di KHTP bukan sahaja berjaya dikekalkan selain ada yang meningkatkan jumlah pelaburan, malah fasa baru pembangunan di KHTP dibuka sekali ganda lagi sekaligus membuka peluang pekerjaan luas untuk penduduk negeri ini.

Projek loji penapisan minyak Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang bercanggah dengan dasar 'Belanda Timur' tidak dibatalkan sebaliknya dipindahkan ke laut dan kini dikenali sebagai Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIHH). Dengan itu kerajaan bukan sahaja akan tetap memperolehi pendapatan dari projek berkenaan dan pada masa yang sama hasil pertanian juga dapat ditingkatkan, malah pendapatan rakyat sedia ada juga tidak tergugat.

Jika ZIPY hanya tiga pelabur, SULIHH menjadikan jumlah pelabur kepada lima. Projek bernilai USD 10 bilion itu bakal meletakkan Kedah sebagai negeri yang mempunyai loji penapisan minyak terbesar di Malaysia dan ketiga di dunia dengan pendapatan kepada kerajaan negeri sebanyak RM 400 juta setahun.

"Projek ini adalah projek raksaksa, banyak di antara kita tidak sedar. Inilah pertolongan Allah SWT, biasanya minyak ini didapati dari perut bumi hasil cari gali seperti di Arab Saudi, di Kuwait, Iran, Qatar, Brunei, di Terengganu.

"Tetapi di Kedah ia tidak datang dari perut bumi. Minyak yang terpancut di negeri lain akan di bawa ke Kedah melalui kapal dan di proses di sini," terangnya Ustaz Azizan pada Karnival Kedah Sejahtera baru-baru ini.

Bahkan, lebih 30,000 peluang pekerjaan ditawarkan SULIHH tidak termasuk ribuan pekerjaan lain dari bandar baharu yang bakal 'terwujud' kesan limpahan projek tersebut. Dari pembangunan prasarana dan perkhidmatan hinggalah kepada penjaja kecil, semuanya akan mendapat manfaat.

Begitu juga pendidikan, usaha bersungguh-sungguh kerajaan negeri terhadap pembangunan Kolej Universiti Insaniah bukan sahaja berjaya mengangkatnya ke persada dunia, malah pembangunan kampus induk baru juga bakal menaiktarafkan Kuala Ketil menjadi sebuah lagi bandar baharu. Tentunya memberi limpahan rezeki buat penduduk sekitarnya selain peluang pekerjaan di sektor berkenaan.

Selain itu, projek-projek terbengkalai dimajukan semula antaranya Plaza Tunku Yaakob yang telah terbengkalai sejak 28 tahun lamanya telah pun selesai mengadakan perjanjian kerjasama dengan pihak berkenaan di mana selain kekal sebagai kompleks membeli belah, akan turut ada hotel di situ.


Ekonomi yang diberkati

Ustaz Azizan dan barisan Exconya sering mengungkapkan nasihat kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri serta rakyat keseluruhannya mengenai ekonomi yang diberkati. Ekonomi tidak semata-mata diukur dengan kuantiti tetapi juga keberkatan yang mendatangkan kesejahteraan hidup.

Kerana itu seringkali diperingatkan mereka bahawa ayat Quran mengaitkan ekonomi dan rezeki dengan ketakwaan sedang ketakwaan pula menuntut kepada budaya ikhlas dan itqan. Tegasnya, kejayaan ekonomi sangat tertakluk kepada takwa.

Semua itu jika digauli bersama akan meningkatkan hasil dan sebarang musibah tidak akan membawa kepada keluh kesah sebaliknya menghadirkan rasa keredaan. Rakyat juga diingatkan agar membuang sikap meminta-minta sebaliknya sentiasa memohon kepada Allah antaranya dengan mengamalkan solat dhuha.

Saling membantu antara manusia juga diberi penekanan termasuk kepada syarikat korporat agar membantu golongan yang memerlukan selain kerajaan mengadakan perkongsian swasta - awam untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat.

Keberkatan juga perlu lahir dari sikap mensyukuri nikmat yang dikecapi dan dizahirkan pula melalui tata kerja bukan sahaja oleh rakyat dan kakitangan kerajaan, tetapi paling utama ialah pemimpin. Pemimpin yang amanah pastinya membawa usaha kepada ekonomi diberkati berbanding pemimpin curang menjerumuskan ekonomi kepada 'diperangi' Tuhan.

Semua bahana kecurangan ekonomi serta pengurusan hak negara dan rakyat dapat disaksikan pada penduduk seperti di Sabah dan Terengganu yang ramai miskin sedangkan negeri mereka kaya dengan sumber asli. Tidak lain, ianya angkara perbuatan khianat dan tidak amanah pemimpin BN dalam pengurusan berkaitan perkara ini.


Kedah Sejahtera, nikmat untuk semua

Demikian slogan yang selalu didendangkan untuk rakyat negeri ini, ianya bukan omongan kosong sepertimana slogan BN dahulu antaranya Kedah Maju 2010 dan Kedah Gemilang. Walaupun, sejahtera yang cuba diterjemahkan terlalu luas pengertiannya, namun usaha-usaha ekonomi yang telah digembling Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah menunjukkan fokus jelas untuk keseluruhan rakyat negeri ini.

Bayangkan 'bentangan' kesejahteraan duniawi yang bakal melimpahi negeri ini di masa akan datang. Ekonomi Kedah akan datang turut dipacu dengan jaringan pengangkutannya yang semakin berkembang. Kereta api bukan sahaja berjentera pantas dan dinaiktaraf kepada dua laluan, tetapi juga menghubungkan beberapa bandar di Thailand, China dan lain-lain yang bakal memudahkan hubungan melalui stesyen di Kobah Pendang. Lebuh raya baru Trans Eastern Kedah Interland Hinghway (TEKIH) dari Kupang, Baling ke Durian Burung, Padang Terap bakal membangunkan ekonomi Kedah Timur selain pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen Dan Kuarantin (CIQ) Kota Putra sebagai pintu sempadan kedua di negeri ini selepas Bukit Kayu Hitam. Begitu juga lebuh raya utara selatan (PLUS) sedia ada selain usaha menaiktaraf sistem pengangkutan awam di negeri ini.

Segalanya merupakan peluang yang akan membantu ke arah usaha kesejahteraan rakyat. Terpulang kepada rakyat untuk berusaha meraih peluang 'perkongsian bijak' antara kerajaan dan rakyat ini. Moga-moga dengan kesejahteraan ekonomi rakyat ini akan membantu ke arah melahirkan masyarakat yang bernaung di bawah sebuah pemerintahan bergelar "baldatan thaiyibatan wa rabbun ghafur" seterusnya mengukuhkan hubungan kehambaan dengan Allah yang menganugerahkan segala-galanya ini. Alhamdulillah.

Sumber: Harakahdaily

Oleh Ahmad Lufti Othman

UNTUK menafikan bahawa Pakatan Rakyat tidak menghadapi sebarang masalah tentulah tidak munasabah, namun untuk mendakwa ketiga-tiga parti komponennya sering berbalah, sehingga menggugat asas-asas persefahaman, lagilah tidak berasas.

Begitulah adat dan kelaziman dalam permuafatan politik, apatah lagi membabitkan parti-parti yang berbeza ideologi, pasti ada yang mudah terguris dan terusik


Di samping ada prinsip utama yang dipersetujui bersama, tentulah masih berbaki perbezaan pendapat yang memerlukan darjah toleransi yang tinggi, sikap berlapang dada dan dingin kepala, keutamaan mematuhi janji, dengan tidak melupakan masih perlu elemen tegur-menegur dan kritikan membina.


Minimumkan syak wasangka sesama Pakatan


Bagaimanapun rasa syak wasangka dan prejudis sesama sendiri hendaklah diminimumkan. Pakatan bukan seperti BN, yang menutup ruang bicara parti komponen atau pemimpin yang tidak berpuas hati, atas asas keputusan ketua adalah muktamad.


Sejarah penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat menjelang pilihan raya umum 1990 mungkin tidak begitu kompleks berbanding pembentukan Barisan Alternatif pada 1999. Parti yang dikatakan "berlainan kutub", PAS dan DAP, mencipta sejarah ketika itu apabila dapat bersama dalam BA, berkongsi manifesto, namun ia tidak kekal lama apabila DAP menarik diri ekoran isu Negara Islam.


Senario itu mudah difahami memandangkan usia BA masih muda dan pemimpinnya mungkin mudah terangsang dengan provokasi nakal bikinan Umno-BN. Lagipun hanya PAS kelihatan "paling beruntung" dalam pilihan raya umum ke-10 itu, meninggalkan DAP dalam kedukaan dan KeADILan yang belum berjaya mengasaskan tapak yang kukuh.


Tsunami politik Mac 2008 memang mengejutkan. Rakyat yang sebelumnya agak diam - tidak sepertimana riuh-rendah kebangkitan reformasi September 1999 - memanfaatkan sepenuhnya peti undi.


Kemenangan paling gemilang BN dalam pilihan raya umum April 2004 hilang begitu sahaja sehingga memaksa Abdullah Ahmad Badawi berundur lebih awal daripada pelan asal. PAS, KeADILan dan DAP, yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat, masing-masing hampir seimbang mencapai kemenangan.


Lebih penting, setiap parti dalam Pakatan berpeluang menerajui kerajaan negeri, misalnya PAS di Kedah, DAP di Pulau Pinang dan KeADILan di Selangor, malah eksperimen 10 bulan di Perak begitu menarik dan mahal harganya terutama dalam konteks hubungan baru PAS-DAP.


Dan semua ini merupakan pengalaman paling berguna untuk memperkukuhkan lagi persefahaman sehingga masalah-masalah dalaman yang timbul tidak mudah untuk meretakkan Pakatan.


Maka, isu-isu seperti arak di Selangor dan babi di Kedah, mungkin di peringkat awal nampak kalut tetapi dengan mudah dileraikan secara bijaksana oleh pemimpin Pakatan. Saya yakin aktivis Pakatan tidak akan memandang remeh kuasa rakyat yang kini sudah mempunyai "pilihan dalam pilihan raya", yang seterusnya memperkukuhkan lagi konstruksi sistem dua parti gabungan di Malaysia.


Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan akhbar Harakah ada mengingatkan pemimpin Pakatan: "Tidak perlu terlalu banyak karenah atau perbicaraan di kalangan penyokong yang mudah ditafsir sehingga menimbulkan persepsi negatif."


Usah abaikan janji reformasi


Masyarakat boleh memahami karenah media talibarut (istilah Zulkifli Yahaya) yang cepat menangkap peluang untuk mengadu-domba parti-parti seteru BN, tetapi mereka tidak akan memaafkan jika harapan besar rakyat yang ditunjukkan dalam pilihan raya 2008 dikhianati apabila kepentingan umum diketepikan, hal peribadi dan kelompok pula yang diutamakan.


Janji-janji reformasi harus ditunaikan, selain gaya hidup pemimpinnya, - walaupun sudah berkuasa terutama di peringkat kerajaan negeri - mesti kekal sederhana dan dekat dengan degup jantung rakyat.


Rumusan pensyarah sains politik UKM, Muhamad Nadzri Mohamed Noor dalam bukunya, Politik Malaysia di Persimpangan; Praktik Politik dalam PRU 2008 dan Kontemporari (2009) menarik untuk direnungi: "Pembentukan Pakatan adalah satu respons pragmatik parti oposisi terhadaptrend perilaku pengundi dalam PRU 2008. Yakni, tindakan masyarakatlah yang memungkinkan Pakatan terbentuk. Di kalangan mereka terdapat pengundi yang muak, memprotes cara urus tadbir BN dan mengharapkan persekitaran kehidupan diubah kepada yang lebih kondusif dan lestari.


"Kejayaan Pakatan ... mungkin bukanlah satu sokongan yang benar-benar solid ... tidaklah lahir daripada sokongan pengundi tegar ... sebaliknya dibantu sokongan pengundi atas pagar dan penyokong BN yang memprotes. Sokongan dalam bentuk ini agak mudah dialihkan atau ditarik balik oleh pengundi di kemudian hari."


Oleh itu, bagi Nadzri, Pakatan mestilah benar-benar melaksanakan alternatif yang yang sedia ada, terutama janji-janji pembaharuan dalam pilihan raya umum 2008 dan siri pilihan raya kecil berkenaan dengan keadilan, ketelusan, urus tadbir bersih, bertanggungjawab, responsif dan merakyat. Kedua, parti-parti Pakatan mesti bijak untuk bersederhana dalam merencana dan melaksanakan perjuangan bagi mengekalkan keberlangsungan pakatannya.

Sumber: Harakahdaily

Oleh Ahmad Lufti Othman

TIADA keraguan bahawa ISA, sejak diperkenalkan, merupakan akta yang paling banyak disalahgunakan. Ia juga menjadi perkakas bagi pemerintah atau pemimpin utama kerajaan untuk menumpaskan musuh politiknya secara mudah.

Tanpa perlu mencari bahan bukti seseorang boleh dikurung tanpa bicara, untuk tempoh waktu yang tidak terbatas.


Rekod klasik di luar negara adalah Said Zahari dan Nelson Mandela yang menderita, masing-masing ditahan selama 17 tahun dan 27 tahun.


ISA memang bertujuan politik dan sarat dengan motif politik, jadi tidak timbul isu mengenainya - terutama himpunan untuk memansuhkan akta drakonian ini pada 1 Ogos lalu - telah dipolitikkan.


ImageBermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Dr Mahathir Mohamad,akta ini makin diperketat dan ruang untuk semakin kehakiman dipersempitkan, meskipun ancaman komunis bersenjata sudah lama berakhir, dan ia lebih terarah untuk menjinakkan seteru politik.


Sambutan himpunan petang Sabtu itu memang mengejutkan. Biarpun polis mengenakan sekatan di semua pintu masuk kotaraya termasuk sehingga ke Seremban, audiennya yang pelbagai, merentasi kaum dan agama, tetap sanggup memgambil risiko.


Muka-muka baru terutama golonga muda nampak tidak gentar untuk berdepan serangan gas pemedih mata dan meriam air. Hampir setiap pelosok dan wilayah di luar Kuala Lumpur menghantar wakil.


Komitmen mereka Imagejelas, usaha pembaharuan dan reformasi ini harus didokong bersama. Mereka tidak mahu hanya menjadi pemerhati dari jauh.


Kerisauan bahawa himpunan Mansuh ISA yang agak rapat tarikhnya dengan demonstrasi membantah PPSMI, dan mungkin dengan itu menyebabkan tiada sambutan, sudah berakhir.


Rupanya di luar sana sudah tersedia sekumpulan yang agak ramai jumlahnya, yang hanya menunggu masa sesuai, untuk turun ke gelanggang bagi memperjuangkan kebenaran. Persiapan mungkin tidak serapi demonstrasi Bersih dan PPSMI, antaranya kerana kerap ditunda, namun reaksinya cukup luar biasa dan berangkaian.


ISA sudah diangkat menjadi agenda perubahan yang perlu dilunasi. Hak asasi bukan lagi isu absurd yang sukar ditanggapi rakyat.


Benarlah, apabila ketakutan dan jiwa hamba sudah hilang, maka tiada gertakan, ugutan, belantan atau penjara yang boleh menghalang. Sepak terajang polis Imagehanya menjadi episod manis untuk dikenang.


Ia sebaliknya menyuntik semangat untuk terus istiqamah melalui keperitan, sambil mendedahkan lagi sisi hodoh pemerintah yang memperalatkan semahunya pasukan keselamatan.


Pihak polis terbukti melaksanakan tugasan dengan penuh dendam dan sengaja mahu menyeksa demonstran. Situasi yang boleh dikendalikan dengan mudah melalui sikap berlapang dada telah diseret menjadi pertempuran kecil.


Dan latah pemimpin Umno terhadap demonstrasi yang menghimpunkan lebih 50,000 orang ini juga agak menghairankan. Mereka mendakwa sambutan demo tidak memberangsangkan, hanya sekitar 5,000. Peliknya, tiap hari media agresif menabur fitnah.


Apabila kerugian peniaga, yang didakwa menghampiri RM200 juta ekoran tunjuk perasaan itu, disanggah secara berkesan melalui temubual langsung dengan pengusaha restoran dan pemilik gedung, tiba-tiba serangan psikologi menjadi kendur.


(Harakah kali ini menyiarkan beberapa artikel dan berita mengenai isu kerugian peniaga di sekitar kawasan demonstrasi dan kesan ekonomi ke atas mangsa ISA). Laporan media baru terbukti berperanan Imagebesar melumpuhkan pembohongan media tradisi yang semakin kehilangan khalayaknya itu.


Saya tertarik dengan respons Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abd Aziz. Katanya, selagi BN memerintah, selagi ada bulan dan bintang, jangan harap ISA akan dimansuhkan.


Penegasan sama dikemukakan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Malah, tiada petanda akta ini, dan akta-akta drakonian lain, akan dipinda ke arah lebih demokratik, seperti jaminan Najib Razak.


Justeru, saya bersetuju dengan cadangan agar isu pemansuhan ISA ini dijadikan tema utama kempen pilihan raya akan datang.


Kalau dahulu rakyat menyambut cabaran Abdullah Ahmad Badawi agar protes terhadap kerajaan ditunjukkan dalam peti undi, dan bukannya di jalan-jalan raya, kali ini mungkin pengundi bersedia menukar kerajaan melalui isu ISA ini.

Sumber: Harakahdaily

Oleh Saidah Hairan

"SAYA terpaksa berdiri empat jam ketika disoal siasat Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," inilah luahan Ahli Majlis Perbandaraan Kajang, TAN BOON HWA ketika ditemui wartawan SAIDAH HAIRAN di Tingkat 7, Majlis Perbandaran Kajang, Selasa, 21 Julai lalu. Peliknya beliau disiasat hanya kerana membeli 1,500 bendera Malaysia sempena Hari Kemerdekaan ke-51.

HARAKAH: Saudara telah disiasat oleh pihak SPRM. Boleh saudara ceritakan apa yang SPRM siasat?


TAN: SPRM minta invois membeli bendera Malaysia (bersaiz kecil) untuk dikibarkan dalam program Mesra Rakyat tahun 2008. Program ini sempena hari Kemerdekaan Malaysia ke-51. Bendera ini untuk Dun Seri Kembangan iaitu kawasan YB Ean Yong Hian Wah.


Bendera sebanyak 1,500 telah diedarkan pada 29 Ogos 2008 di pasar pagi Seri Kembangan. Jadi pegawai SPRM hendak bukti saya beli daripada mana. Betul ke bendera itu sampai ke tangan YB Ean Yong dan dibahagikan kepada semua penduduk. Harga semua bendera itu RM2,400.


Apa yang berlaku semasa dalam siasatan?


Mula-mula pegawai SPRM menggunakan cara lembut bertanya kepada saya. Tanya hal keluarga, saya belajar setakat mana, lepas itu tanya daripada mana beli bendera dan syarikat apa.


Saya jawab saya lupa. Pegawai itu kata, apa ini... yang semua itu (you) ingat, kenapa hendak tipu cakap secara jujur saja, (you) tidak beli, (you) tidak bekalkan bendera, (you) hanya mengaku saja dan jangan bohong.


Tapi saya cakap dengan mereka memang saya ada beli. SPRM tanya beli daripada mana. Saya jawab dari Johor. Saya kata, saya hanya ingat Johor nama syarikat dan nombor telefon saya lupa.


Pegawai SPRM tanya kenapa boleh lupa. Sepuluh tahun punya hal (you) boleh ingat, yang ini (you) tak boleh ingat. Kami sudah tahu memang (you) tak bekalkan bendera.


Saya jawab memang saya ada bekalkan bendera. Dia jawab ok, syarikat mana. Saya jawab tidak ingat. Dia kata saya tipu.


Apabila tanya soalan dia panggil saya duduk dalam satu bilik tanpa dibuka lampu. Dua pegawai SPRM masuk dan baru buka lampu. Mereka panggil saya dan suruh berdiri tegak (macam berkawat). Mula-mula saya berdiri kaki tak rapat dan tangan saya kedepan.


Pegawai SPRM suruh saya berdiri kaki rapat dan tangan ke tepi. Mata pandang dengan jarak 200 meter. Dengan suara menjerit pegawai SPRM tanya tentang pembekalan bendera.


"You datang dari China tak tahu cakap bahasa Melayu. Apa you cakap saya tak faham," dua orang pegawai itu kata kepada saya. Mereka keluar dan pandang saya dari luar.


Pegawai yang di luar main ping pong. Saya pandang mereka main ping pong dan mereka menjerit apa tengok, tuan saya tak suka dia tengok kita.


Dua pegawai SPRM masuk ke dalam bilik saya. Seorang pegawai menunjukkan telunjuk jari ke dahi saya dan marah dengan mengatakan saya, bodoh... bodoh... bodoh, sebanyak tiga kali. Dia buat acahan hendak pukul saya.


Mereka bergilir masuk dalam bilik saya. Satu orang duduk, yang lain masuk. Seorang pegawai bercakap kepada saya, tengok cara 'bos' saya duduk memang tidak gembira.


Selepas pukul 2 pagi pegawai SPRM baru cakap dengan saya, kesian dengan (you) duduk la. Dia cakap, tak apalah (you) boleh tidur.


Berapa jam saudara disoal siasat?


Saya disoal siasat bermula 15 Julai jam 10 malam hingga 2 pagi 16 Julai. Dia tanya saya tentang bendera hari kemerdekaan saja. Saya jawab, saya boleh buktikan beli bendera tapi bagi saya masa, saya balik cari invois.


Dia kata kepada saya, (you) ahli Majlis ?you mesti jujur tapi saya dapati you tak jujur. Apa yang you buat bukan untuk tolong rakyat. Dia tanya saya, you sayang isteri... Saya jawab, sayang. Pegawai itu tanya saya lagi, sayang anak tak dan berapa banyak you sayang anak.


Pegawai SPRM tanya lagi tentang invois, saya jawab tidak ingat. Dia tanya, you tak sayang anak dan isteri. Besok saya bawa isteri dan anak you ke sini. Bagi you menangis depan anak you.


Bagaimana keadaan bilik tempat saudara disiasat?


Lampu kadang-kadang dibuka dan kadang-kadang ditutup. Keluasan bilik lebih kurang 10 kaki x 10 kaki. Pejabat SPRM banyak bilik. Saya tidak ambil peduli keadaan bilik dan cermin tingkap macam mana. Sebab saya tidak terfikir keadaan ini (kematian Teoh) akan berlaku. (Beliau mengeluh dan kelihatan matanya berair.


Adakah masa yang sama saudara tahu Teoh Beng Hock turut disoal siasat?


Masa itu saya tidak tahu Teoh ada di sana. Hanya jumpa Teoh pada Subuh 16 Julai (Khamis) bila saya pergi tandas. Saya nampak dia jalan di ruang makan pejabat SPRM. Saya tegur dalam bahasa Cina; Teoh masih ada di sini. Saya ingat keluar tandas saya hendak jumpa dia tapi dia sudah tiada.


Sumber:Harakahdaily

Oleh Abu Firdaus

Dalam bahasa Melayu, ada dua makna perkataan jahanam, iaitu pertama, neraka. Kedua, rosak. Jadi apabila disebut 'pergi jahanam', ia bermaksud 'go to hell', maksudnya 'pergi ke neraka'.

Tetapi bukanlah bermaksud pergi ke neraka sebenar. Ini kerana bukan manusia yang menentukan siapa yang pergi ke neraka atau syurga. Tetapi maksudnya, 'kamu akan terseksa dan menderita akibat perbuatan kamu'.

Sementara satu lagi, iaitu apabila disebut umpamanya, kereta itu jahanam, maka apa yang dimaksudkan ialah kereta berkenaan telah rosak. Justeru, jika disebut Umno pergi jahanam.

Maka ia boleh membawa kepada dua makna. Pertama, Umno akan terseksa dan menderita akibat perbuatan mereka selama ini. Selain itu, ia juga bermakna Umno sudah rosak.

Adakah Umno terseksa dan menderita sekarang? Jawapannya, ya. Banyak perkara yang dilakukannya menjadi serba salah, tidak menentu dan tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan. Itulah penderitaan yang ditanggung sekarang. Mereka amat berharap dapat kerjasama daripada PAS, malah diusahakan dengan sungguh-sungguh, walaupun dimalukan di depan rakyat. Semua ini merupakan penyeksaan.

Sementara pernyataan bahawa Umno rosak, mudah difaham. Parti itu sememangnya telah rosak dan pemimpinnya sedang berusaha memperbaikinya. Mereka mencari jalan bagaimana hendak memperbaikinya.

Antaranya, dengan turut mengajak PAS bekerjasama. Tetapi usaha-usaha ini tidak semestinya berjaya. Tetapi mnereka sedang berusaha memperbaikinya.

Apa yang menyebabkan Umno rosak? Paling utama, wang. Politik wang, korupsi dan penyelewengan, sama ada betul atau tidak, tetapi rakyat berjaya diyakinkan bahawa Umno telah rosak akibat wang. Maka kalau hendak memperbaiki Umno, apa yang perlu dilakukan ialah mengatasi masalah yang berkaitan dengan wang ini.

Tetapi hakikatnya, bukan wang yang mendatangkan penyakit itu. Apa yang berlaku ialah sikap sebahagian ahli Umno, pemimpin dan penyokong yang menyebabkan wang itu merupakan punca kerosakan parti mereka. Maka di sinilah pula boleh dikaitkan dengan perkataan jahanam itu sendiri.

Namun begitu, apabila disebut perkara ini, ahli-ahli PAS dan penyokongnya janganlah pula rasa tinggi diri daripada Umno. Ini kerana penyakit yang terkena pada Umno ini boleh juga dijangkiti kepada PAS. Apa-apa peringatan yang ingin diberikan kepada Umno ini hendaklah dijadikan contoh teladan kepada ahli PAS.

Maka sikap buruk mengenai wang ini termasuklah dalam bentuk ketidakjujuran, tamak haloba, pecah amanah dan pelbagai perbuatan buruk dan tidak beretika.

Sedangkan sikap inilah yang merupakan dosa dan apabila terhimpun sebegitu rupa, boleh membawa seseorang ke dalam neraka. Jahanam adalah nama neraka yang paling dalam. Neraka jahanam itu bermaksud neraka yang terletak pada tahap paling rendah.

Sememangnya untuk mempercayai neraka dan syurga secara sepenuhnya adaah sukar kecuali dengan Keimanan yang tinggi. Jika kekuatan kepercayaan seseorang itu terhadap syurga dan neraka, maka ia menerapkan pegangannya tentang konsep dasa dan pahala.

Perhatian besar terhadap pahala dan dosa itu boleh membawa kepada pembentukan sikap bersih dan benar. Kebersihan sikap ini membawa kepada amalan dan perbuatran yang terpuji dan selanjutnya membolehkan seseorang menambahkan pahala, dan memberi peluang kepada mereka yang bertuah ini memasuki syurga.

Apalah lagi makna kewujudan bagi manusia jika tidak menginginkan hidup abadi dalam syurga? Memang tidak banyak orang lebih-lebih lagi pada zaman ini untuk menghayati apa itu syurga dan neraka. Justeru apabila disebut 'pergi jahanam', maka maksudnya ialah ingatan bagi semua tentang bahaya neraka.

Inilah yang sepatutnya berlaku apabila keluar kenyataan 'Umno pergi jahanam'. Ia sepatutnya menjadi iktibar kepada semua orang Islam, tidak kira sama ada Umno atau PAS. Semua mereka yang terlibat dengan politik wajar bertaubat dalam soal-soal yang membabitkan amanah. Jika tidak, bukan saja parti mereka rosak, tetapi juga masyarakat dan negara. Tidak kiralah Umno atau PAS.

Cuma, Umno yang memerintah negara ini lebih 50 tahun tentunya menanggung banyak beban yang merosakkan parti itu sendiri, di samping kesannya turut mengenai masyarakat dan negara. Kalau perkataan neraka itu ditafsirkan sebagai suasana penderitaan, apa yang Malaysia mungkin terpaksa melalui adalah suatu yang patut ditakuti.

Bayangkan rasuah dan perbuatan tidak amanah begitu berleluasa, maka negara akan rosak dan selanjutnya rakyat yang menanggung penderitaan. Impian supaya negara ini makmur akan musnah dan sebaliknya suatu keadaan neraka boleh muncul jika tidak ada usaha bagi mengatasinya.

Selain itu, keadaan jahanam kepada parti, masyarakat dan negara ini berpunca daripada rosaknya hati. Bukanlah hati organ manusia, tetapi hati dari sudut agama. Hati dari sudut agama ini sebenarnya terletak di otak dan bukannya hati sebagai organ. Apabila hati ini jahanam maka ia tidak dapat membuat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.

Untuk memahaminya, wajar kembali kepada bab tasauf dalam pengajian agama. Bayangkan kalau ahli-ahli parti diajak mengaji semula mengenai tasauf, khususnya apa yang diajar Imam Ghazali.

Kalaulah semua ahli parti politik yang beragama Islam, baik dalam Umno, PAS atau KeADILan mengaji balik mengenai tasauf, mungkin dunia akan berubah dan berbeza. Sememangnya tulisan lebih mudah daripada mengamalnya.

Sumber: Harakahdaily

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Selepas meninggalkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 23 tahun lalu, hanya beberapa kali saya singgah di kampus Jalan Semarak itu meskipun sering melintasinya ketika pulang dari pejabat.

Namun pada 11 Ogos lalu, saya tergerak untuk mengikuti syarahan perdana Naib Canselor, Prof Dr Zaini Ujang, bertajuk Universiti, Kreativiti, Inovasi. Dan memang berbaloi saya mengorbankan 'waktu tidur petang' selepas menyiapkan deadline Harakah.

Zaini, 43, naib canselor termuda, merupakan teman lama sewaktu aktif dalam gerakan pelajar sekitar 1984-86. Walaupun tidak berkesempatan menyerlahkan sepenuhnya daya kepimpinan beliau sewaktu menggerakkan Persatuan Mahasiswa UTM, bakat alam Zaini cukup terserlah.

Intipati syarahannya pada petang Selasa itu mengingatkan saya idealisme Zaini yang tidak pernah pudar. Tanggapannya terhadap konsep universiti, budaya ilmu dan tugas kesarjanaan kekal segar.

Ini tidak menghairankan; Zaini dikenali sejak mahasiswa sebagai ulat buku, pencinta ilmu, yang kemudiannya penulis prolifik yang memenatkan para editor di Penerbit UTM Press!

Bayangkan untuk tahun ini sahaja sudah enam judul bukunya diterbitkan.

Antara lain Zaini mengungkapkan senario semasa yang perlu diubah: "... betapa menjadi pensyarah tidak lagi memerlukan kemantapan intelektual dan kesegaran idealisme terhadap akademia ... Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi, 'kegilaan membaca dan menulis' dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting.

"Tidak ada lagi debat atau diskusi ilmiah tentang isu-isu pokok yang membabitkan perkembangan isu semasa dalam arena politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi. Kalaupun ada jarang sekali dianjurkan. Itu pun dengan segala macam syarat dan perkiraan supaya tidak bersifat sensasi dan sensitif. Akhirnya aktiviti kampus yang sepatutnya meriah ilmu menjadi hambar dan lesu ..."

Walaupun kehadiran Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah adalah untuk merasmikan majlis syarahan perdana itu, namun ucapannya juga menggugah pemikiran dan mencetuskan minat audien.

Agak lama tidak mendengar pak menteri bercakap dengan nada dan lenggok Saifuddin, terutama selepas Anwar Ibrahim dipecat. Kupasannya tentang dunia ilmu nampak original dan selari dengan Zaini.

Lebih dari itu, secara peribadi saya melihat Saifuddin mempunyai 'keberanian' tersendiri khususnya apabila membicarakan soal idealisme mahasiswa dan kaitan dengan dunia politik.

Dalam satu program Astro Awani, Saifuddin ditanya hal pembabitan mahasiswa dengan pergolakan semasa. Timbalan menteri dalam jawapannya banyak memberi ruang buat pelajar untuk bereksperimen. "Biar mahasiswa menentukan diri mereka sendiri," begitulah antara yang beliau sering tekankan.

Dari sudut ini, saya kira, jalur pemikiran Saifuddin nyata berbeza dengan rakan-rakannya dalam Umno dan kerajaan. Malah ketika menyampaikan ucaptama dalam kongres anjuran Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), 8 Ogos lalu, beliau dilaporkan memuji penganjurnya kerana lantang berjuang supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti dipinda.

Dalam sidang media selepas itu, Saifuddin berkata, selepas pindaan Auku, mahasiswa boleh terlibat lebih banyak dalam politik.

Ditanya sama ada kementeriannya telah mengenal pasti mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi anti-ISA, 1 Ogos, Saifuddin hanya menjawab "tidak ada". Lebih menarik apabila beliau menyoalnya kembali: "Apa masalahnya dia hendak demonstrasi?"

Saifuddin dan Zaini mungkin dilihat sebagai watak-watak baru yang diharap berupaya memecahkan kongkongan lapuk di kampus-kampus, yang sekian lama menderita terpasung.

Malangnya lebih ramai pentadbir universiti, apatah lagi golongan penguasa, yang terus terikat dengan pendekatan kuno, dan meletakkan warga kampus dalam penjara terbuka.

Moga-moga dua anak muda ini, yang rasanya rapat secara peribadi dengan Perdana Menteri, berjaya menggapai impian mereka meskipun saya masih sangsi Najib Razak akan membuka ruang selesa buat mereka.

Sumber:Harakahdaily

Oleh Mohamad Basir Abdullah

Apakah ertinya pengkhianat? Saya tujukan soalan ini kepada YAB TPM dan seluruh ahli Umno Johor, dan tidak lupa juga NGO-NGO yang tanpa malu dan takut melafazkan tuduhan beramai-ramai dengan mengatakan 'Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa.

Kalau tidak salah, pengkhianat itu sebutan lain baginya adalah pembelot dan penderhaka, kalau mengikut sejarah, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah bekas TPM dan Timbalan Presiden Umno.

Oleh kerana masalah dalaman Umno beliau telah dipecat pada 1995 dari segala kedudukan dalam kerajaan BN.

Disebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang MELAYU SEJATI dan perjuangannya adalah demi bangsa Melayu, maka Dato' Seri adalah harapan bangsa.

Saya selaku orang tua merasa terkilan dan sedih atas tuduhan yang dilemparkan terhadap Melayu yang bernama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Alangkah sedihnya kita lihat Melayu di dalam negara ini sanggup dengan zalim dan kejam membunuh Melayu ini.

Jika betul dia pengkhianat, pemimpin Umno dan semua ahli Umno adalah penderhaka. Andai kata Dato' Seri Anwar Ibrahim pengkhianat seperti mana yang dituduh, setahu saya selaku orang tua, beliau hanya mengkhianati Umno yang beliau terajui sehingga 1995 saja.

Sewaktu beliau masih dalam UMNO dahulu, mengapa mereka semua pekak, buta dan bisu? pada waktu itu Datuk Seri diangkat diatas kepala masing-masing memuja, diarak dan disanjung, mengapa? Tidakah malu mereka semua ini.

Menteri-menteri MCA, menteri-menteri MIC dan menteri-menteri Gerakan diterima baik dalam BN dan disanjung walaupun mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berunsur perkauman dan mempersoalkan hak ketuanan dan keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan negara ini.

Saya ucapkan tahniah kepada semua pengkhianat bangsa sendiri, umpama kata, ludah ke langit jatuh ke mata sendiri..

Sekadar pengkhianat bangsa sahaja

Dato' Seri Anwar Ibrahim jika benarlah seperti yang dituduh, hanya pengkhianat bangsa saja, tapi Dato' Seri Muhyidin Yasin dan seluruh penyokongnya yang telah menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat merupakan pengkhianat yang sebenarnya terhadap negara, agama dan bangsa.

Saya sungguh sedih dan pilu terhadap apa yang sedang berlaku kepada bangsa Melayu kini. Negara ini berlandaskan Islam, bermaksud agama rasminya dan manjoriti penduduknya adalah beragama Islam tapi kenapa dan siapakah pengkhinat yang telah meluluskan lesen judi 4 nombor ekor?

Ia berlaku sejak zaman Dr, Mahathir selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Negara Islam ini ada tujuh hari seminggu mengikut kalender, 10 cabutan 4 nombor ekor telah diluluskan Menteri Kewangan Melayu Islam.

Jika sebulan ada 40 cabutan telah diluluskan, setahun ada 490 cabutan diluluskan.

Dan, yang meluluskan sekian banyak lesen judi yang jelas haram dalam syariat Islam dan khasnya secara tidak langsung mencemarkan kesucian negara Islam negara yang tercinta ini, bukankah dia Menteri Kewangan itu, seorang pengkhianat dan penderhaka yang sebenarnya?

Saya merayu seluruh rakyat Melayu Islam negara ini, hukumlah pengkhianat dan penderhaka ini. Jangan lupa suatu ketika dulu Dr. Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan, 'Melayu Mudah Lupa'. Tapi tidak sama sekali, Melayu ini tidak pernah lupa, duka lara negara, agama dan bangsa adalah berpunca dari Dr. Mahathir.

Satu contoh lagi, arak juga jelas haram sepertimana juga judi mengikut syariat Islam. Jadi, siapakah pengkhianat?

Sudah tentu dan pasti adalah menteri-menteri Melayu Islam Umno. Sudah haram, diluluskan pula lesen-lesen pembuat, pembekal dan penjual.

Tidakkah mereka ini merupakan pengkhianat dan penderhaka kepada negara, agama dan bangsa?

Pusat-pusat maksiat (pelacuran) 5 bintang yang diadakan atas alasan pelancongan diluluskan menteri Melayu Islam Umno. Bukankah mereka yang luluskan lesen-lesen pusat maksiat yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan? Tidakkah mereka ini penderhaka dan pengkhianat negara, agama dan bangsa?

Dadah pula berleluasa dengan bebas tanpa apa-apa tindakan ataupun halangan terhadap yang membawa kerosakan dan kemusnahan negara, agama dan bangsa?

Menteri Dalam Negeri sejak Dr. Mahathir, Ketua Polis Negara dan juga para ulamak adalah pengkhianat dan penderhaka yang sebenarnya yang telah buta, pekak dan bisu terhadap semua angkara ini.

Persekutuan Tanah Melayu sekarang ini hanya tinggal persekutuan saja. Tanah-tanah Melayu telah banyak dipindah hak milik kepada bukan Melayu dengan jumlah amat besar kononnya atas alasan kemajuan orang-orang Melayu. Seperti mana yang berlaku pada Kampung Buah Pala (High Chapperal, Pulau Pinang).

Kg Buah Pala

Selama 100 tahun tanah melayu ini dihuni penternak lembu kaum India. Selama mereka menghuni di situ, mereka dengan secara tidak langsung membekalkan bekalan daging lembu kepada bangsa Melayu tanpa merosakkan atau pun mengubah keadaan dan status tanah Melayu itu demi kepentingan dan kemajuan mereka.

Siapakah pengkhianat itu yang telah memindahkan status dan hak milik tanah Melayu itu kepada seorang taukeh Cina yang bernama Thomas Chan? CEO syarikat pemaju yang akan mengaut keuntungan ratusan juta atas tindakan pengkhianat ini.

Jadi akhir kata kepada rakyat Melayu Islam negara ini, dari apa yang sedikit sebanyak yang saya telah perkatakan dalam tulisan saya, hendaknya dapat menyedarkan seluruh rakyat Melayu Islam negara tercinta ini tentang siapa itu sebenarnya pengkhianat dan penderhaka terhadap negara, agama dan bangsa.

Jikalau mengikut saranan mufti negeri Perak, Dato' Harussani, pengkhianat haruslah dilucutkan kerakyatannya, pengkhianat mana yang harus dilucutkan kerakyatannya?

Judi, arak, pelacuran dan dadah sedang memamah tiang seri negara, agama dan bangsa ini. Yang berhormat Mufti Perak tetap membisu, membuta dan memekak.

Beliaulah pengkhianat sebenar yang patut dilucutkan kerakyatannya.

Sumber: Harakahdaily

Oleh Mohd Rashidi Hassan

TIMBALAN Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba membuka gelanggang perdebatan, dengan mendakwa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Media massa yang menjadi alat pengampu Umno-Barisan Nasional digunakan sehebat-hebatnya untuk menyerang Anwar dan mengecam PAS yang turut diheret sama kononnya menggadai masa depan Melayu-Islam kerana berkawan dengan DAP.

Seolah-olahnya Muhyiddin dan media pengampunya mahu memberitahu rakyat bahawa Umnolah sebuah parti yang jujur dan tulen memperjuangkan nasib Melayu.

Jujurkah Umno? Tulenkah Umno? Memang isu ini amat menarik untuk diperdebatkan, khususnya oleh orang-orang Melayu, kerana ia bakal membuktikan kepada rakyat, siapa sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Seharusnya Muhyiddin mencermin diri sendiri terlebih dahulu, apakah perjuangan Umno benar-benar tulen untuk membela nasib bangsa? Jika Umno pejuang tulen, mengapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal?

Muhyiddin harus juga memikirkan, apakah beliau semasa menjadi Menteri Besar Johor tidak lama dahulu, beliau tidak terbabit dalam mengadaikan tanah dan kepentingan Melayu kepada bukan Melayu, khususnya rakyat asing dari negara jiran?

Dalam isu PPSMI misalnya, yang diakui sendiri beliau di Perth baru-baru ini dengan mengatakan 3 juta pelajar Melayu menjadi korban dasar PPSMI.

Soalnya mengapa Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno menyokong dasar 'membunuh' bangsa yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulu?

Muhyiddin hanya membuka pekung Umno. Sekaligus beliau memberitahu rakyat bahawa betapa bodohnya pemimpin-pemimpin Umno yang menyokong dasar PPSMI secara membuta tuli, demi kepentingan politik Umno, walaupun dasar itu menindas bangsanya sendiri?

Dalam kolum ini, penulis belum berhasrat untuk membahaskan persoalan siapa sebenar pengkhianat Melayu secara terperinci.

Penulis mahu melontarkan persoalan dari sudut yang berbeza, iaitu mengapa tiba-tiba sahaja Muhyiddin beria-ia mencanangkan ketuanan Melayu dan menempelak Anwar, yang pernah menjadi pemimpin yang disokong dan disanjungnya sebagai pengkhianat?

Penulis beranggapan 'tembakan' Muhyiddin terhadap Anwar bukan bertujuan untuk membunuh karier politik Anwar semata-mata. Beliau ada agenda yang lebih besar dari itu.

Justeru, apa agenda tersirat Muhyiddin dalam konteks ini? Pada penulis tindak tanduk Muhyiddin sebenarnya mencurigakan orang-orang Umno sendiri.

Tatkala Presiden Umno dan PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bercakap soal One Malaysia, rakyat pelbagai bangsa diutamakan, Muhyiddin pula bercakap sebaliknya, seolah-olah mempamerkan beliau seorang yang rasis.

Tindakan Muhyiddin bercanggah dengan aspirasi Najib yang meuar-uarkan dasar liberalisasi pentadbirannya, yang menarik balik atau memansuhkan puluhan dasar kepentingan bumiputera.

Umno kini ibarat kapal dengan dua nakhoda. Apa yang berlaku ialah wujud perbezaan ketara antara Najib dengan Muhyiddin. Ini menunjukkan perbezaan pendapat dan perpecahan dalam Umno masih wujud, khususnya di kalangan pemimpin tertinggi.

Politiking dalam Umno memang hebat. Masing-masing tidak mempercayai rakan sendiri, masing-masing berjuang untuk melindungi kepentingan peribadi dan puak. Najib takut dicantas Muhyiddin dan Muhyiddin juga mahu mencari jalan untuk menjadi PM.

Masa tidak mencukupi buat Muhyiddin kerana usianya lebih tua daripada Najib. Beliau hanya boleh tunggu sepenggal sahaja lagi untuk menaik setakuk. Barangkali Muhyiddin juga bimbang, beliau akan mengulangi nasib Tan Sri Musa Hitam sewaktu menjadi TPM di zaman Mahathir dahulu.

Oleh itu, sewaktu Najib sibuk mencari sokongan bukan Melayu, Muhyiddin mengorak langkahnya sendiri dengan percubaan untuk menjadi 'jagoan' menjuarai isu-isu Melayu. Najib cuba membuat reform supaya Umno lebih terbuka dan tidak rasis, sebaliknya Muhyiddin menarik 'gear' ke belakang.

Muhyiddin bukannya memperjuangkan semangat ketulenan Melayu, beliau hanya mahu memperkuatkan 'political base'nya sahaja.

Muhyiddin tahu teras sokongan kepada Umno ialah dari orang-orang Melayu, bukan dari bangsa lain. Bagi Muhyiddin inilah masa yang terbaik buat beliau, iaitu sewaktu Umno lemah, untuk membangkitkan semangat rasis atau nasionalisme Melayu.

Ini adalah strategi serampang dua mata. Jika selepas ini dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil atau Umum, Umno-BN kalah juga, bermakna dasar One Malaysia yang diperkenalkan Najib merupakan suatu kesilapan.

Maka ketika itu orang-orang Umno yang dalam setahun dua ini dibentuk dengan persepsi bahawa Muhyiddin adalah nasionalis tulen, akan menuding jari pula kepada Najib, sekaligus menyuruh PM berundur dan digantikan dengan Muhyiddin.

Dalam politik Umno tiada jaminan setiakawan. Muhyiddin bersama Najib dalam satu kumpulan wawasan yang bertembung dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sekumpulan dengan aruah Tun Ghafar Baba dalam pertembungan sengit Umno tahun 1993.

Mereka 'naik' dalam parti bersama Anwar, meninggalkan dan membuang Anwar sebaik bekas TPM itu dipecat pada tahun 1998.

Selepas Abdullah lantik TPM oleh Mahathir, Muhyiddin meninggalkan Najib yang sekumpulan dengannya dahulu untuk menyertai 'geng' Abdullah pula.

Selepas kegagalan besar Umno-BN pada PRU 2008, Muhyiddin mengambil kesempatan dari kelemahan Abdullah, 'menikamnya dari depan' dengan membuat gesaan berulangkali supaya berundur dari jawatan PM.

Maka dalam keadaan sekarang, tidak mustahil suatu hari nanti, Najib juga, jika tersilap langkah, akan menerima nasib yang sama dengan Abdullah.

Semua ini hanya sekelumit bukti yang menunjukkan bahawa, pemimpin-pemimpin Umno bukannya jujur memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi lebih kepada perjuangan untuk kepentingan peribadi, demi merebut jawatan dan kuasa.

Reform untuk memperbaiki Umno dari dalam akan terus menemui kegagalan kerana mereka mempunyai pemimpin-pemimpin yang materialistik dan tamak.

Hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh menghentikan semua kedangkalan ini.

From: Malaysia Today

MCA has admitted it has RM2 billion in assets without being able to account for it and show where the money came from. The MCA President flew in Tiong’s private jet without paying while he is supposed to be investigating Tiong’s misconduct involving RM12.5 billion of the rakyat’s money. Tiong also gave the MCA President RM10 million in cash, which MCA says does not reflect in the party’s accounts book. Yet the MACC is still sleeping. Or are they actually sucking the dick of those who walk in the corridors of power?

NO HOLDS BARRED


Raja Petra Kamarudin

The MCA treasurer, Tan Sri Tee Hock Seng says, MCA has assets of RM2 billion. How did a political party amass such wealth? Did the office bearers of this political party use their public offices as Ministers, etc., to procure personal and political donations?

The Kuala Dimensi CEO, Datuk Seri Tiong King Sing, has accused the MCA President, Ong Tee Keat, of using his company’s private jet without paying and of receiving RM10 million in cash as a donation. Ong has admitted to the use of the jet but is now prepared to pay for it. Similar donations were also given to MCA Wanita Chief Datin Paduka Chew Mei Fun. Chew has not denied the donation but said it went to the party and not to her personally. These are admissions of "corrupt gratification" as defined in MACCA.

According to the MACCA, all the above are criminal acts and these people should be hauled in and charged. After all, they have not denied the act and have actually admitted to the allegations.

To assist the MACC, Malaysia Today is going to do some community service by helping the MACC with a short law lecture, which we will call ‘MACCA for MACC idiots’.

Read more at "Whose dick is MACC sucking? "



 

Blogger Template Disign by 6Jahanam at Web Hosting Reviews