Di bawah ini adalah gambar seorang penduduk dalam kawasan Parlimen Pekan...


Namanya ialah Muhammad Hassan...

Saje aku paparkan gambar kedhaifan penduduk dalam kawasan Parlimen PM sendiri... bukan apa... aku teringat kata-kata PM semalam (sumber - sini) -

* UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

* Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

* “Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini.

Amacam..? ni PM kita ni cakap bahasa apa..? kalau tak membelit-menipu sekali dalam sebulan tak boleh ke..?

Yang aku paham sekarang - 1Malaysia - Rakyat DidaHULUkan, Pencapaian DiuTAMAKan.

Ptuih..!

Kelab Greenboc

Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos haram.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam. Sila klik disini untuk ke laman web SPR untuk membuat semakan.




Anggota tentera ini telah bersara pada 4 Feb 2009

1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148, 1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.


A-I-B: Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR.

Tinta Hijau Dari Bukit
Tindakan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan ingin menyiasat bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mendedahkan ketidakcekapan badan itu sendiri. Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, siasatan sepatutnya telah dilakukan sejak awal lagi berikutan aduan rasmi daripada beberapa pihak berhubung isu Balkis dan Rumah Agamnya itu.

“ Ini lah sebenarnya perkara terbaik yang sepatutnya SPRM buat sejak dulu lagi, Saya kesal kerana baru sekarang siasatan ini dibuat sedangkan kes itu telah pon dibuatkan atau didedahkan seawal kami masuk pada buln Mac lepas,

“Kalau kita tengok pada kes beliau yang lain seperti kes rumah beliau telah didedahkan pada beberapa bulan lepas, Walaupun SPRM nampaknya macam ingin seimbang dalam siasatan beliau tetapi bagi saya ketidak kecekapan beliau mengambil semua aduan itu secara cepat itu dibuat,” katanya.

Rodziah berkata, tindakan SPRM itu adalah lewat dan tidak berkesan untuk meleraikan persepsi bahawa badan itu bingkas mensasarkan wakil rakyat pembangkang tetapi pemimpin Umno-Barisan Nasional diberi layanan sebaliknya.

“Sebab kalau kita tengok apa yang berlaku kepada diri saya sendiri, atau pihak pakatan jika sedikit sahaja cerita itu ditulis didalam blog maka pihak SPRM secara cepat masuk buat siasatan sedangkan bagi pihak Khir Toyo kes ini dilambat-lambatkan seolah ingin menunggu arahan dari seseorang baru siasatan itu dibuat,” katanya.TVA

Kelab Greenboc

Rakyat 1Malaysia cuba diperbodohkan oleh tindakan lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk Mohd Ashraf Mohd Yunus yang merupakan seorang saksi di dalam inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Pengarah SPRM Selangor Jaafar Mahad memberitahu para wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah bahawa kelima-lima pegawainya itu membuat laporan polis pada pukul 4.30 petang tadi bagi menafikan para pegawainya menggunakan kekerasan semasa menyoal siasat suspek.

"Kita menafikan kita ada mendera suspek, kenyataan yang dibuat di dalam inkues adalah berniat jahat dan ingin menjatuhkan reputasi SPRM," katanya yang mengiringi para pegawainya membuat laporan polis itu bagi memberikan sokongan moral kepada mereka.

T Sivanesan seorang saksi yang dikemukakan oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo hari ini memberi keterangan pada inkues yang berjalan hari ini dan mendakwa beliau pernah didera oleh SPRM semasa disoal siasat.

Persoalan kini, reputasi apa yang SPRM ada ketika ini? Tiada siapa yang ingin menjatuhkan maruah SPRM tetapi SPRM yang sudah memang tidak bermaruah akibat dari kenyataan dan tindakan pegawai-pengawainya termasuklah Ketua Pesuruhjayanya sendiri Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon baru saja meminta Ahmad Said Hamdan dan pegawai-pegawai kanannya mengelak dari mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejas siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Koh berkata adalah tidak wajar bagi mereka mengeluarkan komen terhadap sebarang kes yang sedang disiasat.

"Mereka hendaklah lebih sensitif terhadap perasaan keluarga Teoh yang kehilangan orang yang disayangi, tidak kira sebab kematiannya yang menjadi topik siasatan," kata Koh dalam satu kenyataan.

Koh memberikan respons terhadap kenyataan Ahmad Said bahawa Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong mempunyai beberapa kes suspek membunuh diri.

"Walaupun ini mungkin kenyataan fakta berkaitan ICAC, komen terbuka oleh ketua MACC pada ketika siasatan sedang berjalan boleh dianggap cuba mengandaikan bahawa bunuh diri mungkin menjadi sebab kematian Teoh, sedangkan siasatan belum mencapai keputusan konklusif," kata beliau.

Beliau berkata orang ramai mengharapkan hasil konkrit oleh MACC dalam memerangi rasuah, satu daripada enam bidang pencapaian utama nasional yang diumumkan Perdana Menteri.

Koh, yang bertanggungjawab menangani soal perpaduan nasional dan prestasi, adalah juga pengerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapai (Pemandu) di Jabatan Perdana menteri.

Koh berkata pegawai-pegawai MACC boleh menjelaskan kepada orang ramai mengenai dasar, perkara prosedur dan perangkaan kes yang disiasat.

"MACC mesti bebas dan dilihat bersifat demikian, dalam pengendalian sebarang kes,' ujar Koh.

Teoh, seorang pembantu politik kepada anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas beliau disoalsiasat oleh MACC di bangunan yang sama

Rakyat melihat tindakan pegawai-pegawai SPRM yang mebuat laporan polis kononnya mereka tidak menggunakan kekerasn di dalam soalsiasat saksi-saksi adalah katun semata-mata dan mereka cuba untuk menyembunyikan diri dari kenyataan sebenar bahawa merekalah yang bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock.

Semakin mereka cuba untuk menipu dan menutup konspirasi itu, rakyat menjadi semakin curiga dan kebenaran akan semakin terdedah apabila lebih ramai saksi yang tampil nanti membuat pengakuan dan pendedahan.

Langkah yang diambil oleh pegawai-pegawai berkenaan adalah laksana meludah ke langit dan kahaknya tidak akan menimpa orang lain kecuali diri mereka sendiri.


Dan katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Muslimeen United



Tengok gambar lembu tu tengok yang kena tuduh...sama tak senyuman diorang...betul la sama tapi tak serupa.

Berikut senarai nama-nama lembu yang ditangkap dalam perhimpunan dan didakwa atas akta hasutan:-

1.Mohd Azmir Mohd Zain,
2.Ahmad Suhairy Zakaria
3.Mohd Hilmi Ni
4.Ibrahim Sabri
5.Ahmad Mahayuddin Abd Manaf
6.Eyzva Ezhar Ramly.

Lagi enam ekor lembu yang dituduh dengan tuduhan berhimpun secara haram di depan SUK


1.Jainudin Md Yusuff
2.Mohd Jurit Ramli
3.Mohammad Nordin Zakaria
4.Jamil Mohamad Isa
5.Rahimuddin Md Harun
6.Azhari Shaari.


Mari kita periksa tengok samada dia orang ni orang PAS, orang PKR atau lembu UMNO.
Bangga dengan perangai setan di bulan puasa bulan mulia ini.



"Aku berdoa ... jangan la mangkuk ni maki 'P***mak* pada Hakim...Amin !!!"

PerakExpress

OLEH Hasmi Hashim

MITOS Johor “kubu Umno” hanya akan akan tinggal mitos dan dongeng pasca Merdeka. Negeri yang dahulunya dikuasai 100 peratus oleh Umno-BN, kini robek. Di Johor, Pakatan Rakyat mencatat kemenangan di beberapa kerusi termasuk Parlimen dalam Pilihanraya Umum lalu.


Saya sejak mula memilih pulang ke kampung halaman, sejak mula saya percaya untuk meruntuhan kekuasaan Umno-BN, perlu diruntuh di Johor. Karena itu saya pulang, biar melalui jalan getir dan sukar—biar, saya bukannya tidak mempunyai pilihan di kawasan dan negeri lain.


Pulang ke kampung halaman, adalah “morale victory”! Meski kalah dalam pilihanraya lalu, kesal tidak saya kesal, kerana, sekali lagi, memilih untuk bersama anak kampung saya adalah suatu kemenangan moral. Sejak itu, seriung saya mempelawa anak anak-anak watan Johor pulang ke Johor. Detik pertama kita menyertai perjuangan ini, keyakinan harus bulat. Kebijaksanaan harus digilap.


Pulang ke Johor bukan bermaqna menyerahkan leher untuk disembelih. Pulang ke Johor bermaqna menyerang “bilik tidur Umno” dan ia adalah langkah yang menuntut kesedikit keberanian, kesabaran dan penuh hikmah. Bagi saya yang bukan sahaja pulang ke Johor ke kawasan yang selesa di Johor, tetapi kebetulan sahaja saya diTakdirkan lahir di kawasan yang dilihat hampir mustahil untuk Keadilan bertapak: Parit Sulong. Apatah lagi untuk diterima dan bertanding. Jauh sekali untuk menang.


Apalah ertinya, andai mendakwa diri pejuang, tetapi di barisan paling hadapan kita tidak berani menempatkan diri. Memang, saya teringatkan lagu “Terang Bulan”:


Terang bulan


Terang bulan di pinggir kali
Buaya timbul disangkakan mati
Jangan percaya mulutlah lelaki
Berani sumpah
Tapi takut mati


Dalam sedikit susah payah, saya masuk gelanggang pilihanraya. Bertanding. Tanpa wang ringgit yang diperhitungkan cukup. Dengan pejabat Cabang Parit Sulong baru baru dibuka dengan kadar sewa yang mendapat ehsan tuan tanah. Sudi dan berani menyewakan kepada kami. Dari sana, ‘serangan’ dilancarkan.


Selanjutnya...

Malaysiakini

Kepala lembu: 12 didakwa esok

Dua belas orang, yang menyertai protes mengarak kepala lembu di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 28 Ogos lalu, dihadap ke mahkamah esok.

Mereka akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sementara itu, ketua unit pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, mereka tidak dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana mereka tidak dapat dikesan.

Katanya, sebaik sahaja polis mengesan mereka, mereka akan dibawa ke mahkamah dan akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan Akta Polis.

Dalam perkembangan berkaitan, empat daripada 12 orang ini dilaporkan telah ditahan untuk diseret ke mahkamah.

Lapan lagi akan ditahan hari ini juga untuk tujuan yang sama, lapor akhbar The Star lagi lewat petang ini.

Selanjutnya...



Malaysiakini

Dakwaan wujudnya pemberian wang RM10 juta daripada seorang ahli parlimen BN kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat - yang menjadi pertikaian besar baru-baru ini - kini muncul di Internet.

Berdasarkan dokumen yang ditandatangani 22 Ogos lalu oleh seorang pembantu ahli parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, wang tunai itu dibawa kepada Ong beberapa kali pada 2008.

Dihubungi hari ini, Tiong mengesahkan dokumen itu tetapi bertegas beliau tidak tahu-menahu bagaimana ia dibocorkan kepada umum.

Tambahnya, selain peguam-peguamnya, agensi-agensi kerajaan tertentu turut memiliki dokumen tersebut.

Tiong juga berkata pembantu politiknya itu menyaksikan pemberian wang tersebut dan kini dalam persembunyian kerana bimbang keselamatan dirinya.

Selanjutnya...

Harakahdaily

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Hari Jumaat bulan Ramadan adalah hari baik di bulan yang baik. Tapi pada hari itulah juga sekumpulan penduduk di Shah Alam mengarak kepala seekor lembu sambil melaungkan slogan provokatif dan mempamerkan ungkapan menghina.

Mereka membantah proses pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Rupanya Ramadan 'tidak cukup' untuk melatih mereka agar bersifat sabar, menundukkan nafsu amarah dan melihat isu kontroversi itu dari gambaran lebih menyeluruh serta terpisah dari sentimen perkauman sempit yang ternyata cuba diapi-apikan pihak tertentu.

Lebih berbahaya apabila tindakan mengusung kepala lembu yang masih berdarah itu boleh ditafsirkan dari sudut penghinaan kepada amalan agama tertentu. Sebenarnya tidak sukar untuk menelah siapa dalang di belakang peristiwa yang sarat dengan agenda politik itu.

Malah jika diteliti perancangan Umno - dengan restu Presidennya, Najib Razak sendiri - untuk merampas kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun, banyak pihak bimbang jika sentimen keagamaan dieksploit semahu mungkin untuk menjayakan misi berkenaan. Umno di negeri termaju itu kian kelemasan selepas bertaraf pembangkang.

Umno sebenarnya dalam keadaan terhimpit. Malah pemimpin dan para strategisnya juga keliru untuk mencari jalan keluar. Selama ini Umno merasakan ia berjaya melalui propaganda perkaumannya, seperti selalu dikumandangkan dalam program-program anjuran BTN. Zaman sudah berubah. Senjata perkauman menikam dirinya sendiri.

Tetapi Umno ternyata begitu sukar untuk mengambil iktibar dan belajar dari sejarah kegagalannya dalam pilihan raya umum 2008. Bekalan intelektual dan kematangan fikiran pimpinannya boleh dipersoalkan.

Dalam keadaan pengundi Cina dan India semakin menjauhi BN terutama selepas kes kematian Teoh Beng Hock dan perarakan kepala lembu, ditambah jika 'permainan perkauman' Umno kali ini membelit dirinya, riwayat Umno-BN sebagai parti pemerintah dijangka berakhir dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun, seperti yang selalu saya tekankan juga, pengundi Melayu harus seberapa segera disedarkan daripada terus dibuai keyakinan palsu terhadap Umno. Jelas terdapat kempen besar-besaran mahu meniupkan sentimen perkauman Melayu melalui beberapa isu di Selangor.

Pendedahan maklumat dan pengedaran berita yang lebih cepat dan tepat melalui media baru diharap dapat membantu menjernihkan tanggapan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

Selanjutnya...

Harakahdaily

Oleh Zawawi Hassan

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) memohon perkenan Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah campur tangan untuk menyelesaikan kemelut politik Perak serta krisis Perlembagaan yang terus berpanjangan sehingga kini semenjak rampasan kuasa awal Februari tahun ini.

DPPN Pk yakin kemelut yang berlaku adalah sebahagian daripada krisis politik yang telah dicemari dengan pelbagai kejadian yang tidak diinggini terutama yang telah melanggar undang-undang yang memberikan gambaran keharmonian dan kesejahteraan rakyat terabai. Yang paling penting adalah implikasi ekonomi negeri yang menyebabkan pelabur takut untuk berlabur di negeri Perak ini.

DPPN Pk memohon perkenan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sebagai Seri Paduka Sultan Perak dan juga bekas Ketua Hakim Negara untuk menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku di negeri Perak ini dengan satu formula yang konkrit. DPPN Pk menegaskan kemelut dan krisis yang berlaku ini memberikan implikasi yang negatif di peringkat antarabangsa.

DPPN Pk melihat kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah krisis terbaru yang memerlukan penyelesaian segera. Sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu jelas tercemar kerana kedudukan sebenarnya masih tidak diketahui. DPPK Pk yakin rakyat negeri Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya amat malu dengan suasana yang berlaku terhadap Speaker DUN Perak.

DPPN Pk memberi jaminan hanya dengan pembubaran DUN Perak selepas hari raya ini nanti akan menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku serta keharmonian dan kesejahteraan negeri akan kembali seperti biasa kelak. DPPN Pk yakin Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan memperkenankan pembubaran DUN Perak demi rakyat Perak keseluruhannya.

Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Harakahdaily

Oleh Sarjana Tua,KL

Allahhuakbar. Allah Maha Besar. Inilah kalimah suci yang setiap muslim sebut sebagai takbir yang dipermainkan oleh puak-puak UMNO untuk menyerang pakatan rakyat terutama PAS.

Sehingga begitu sekali kedangkalan mereka terhadap sensitiviti agama Islam yang suci ini. Dimana ustaz-ustaz dan ustazah UMNO yang lebih hadhari?

Di mana mufti-mufti yang lantang menegakkan perkara remeh, sedangkan perkara ini dibiarkan begitu sahaja?

Ini dibuktikan dengan gambar demonstrasi kepala lembu yang dibawa ke Pejabat SUK Selangor tempoh hari. Apa kena mengena isu kuil dengan "banner" TAKE BEER yang dipamerkan semasa demontrasi tersebut? Kain rentang itu juga ditulis dengan sebutan 3 kali iaitu TAKE BEER, TAKE BEER, TAKE BEER.

Bukankah ini sebahagian kata-kata untuk mencemarkan kalimah suci takbir itu sendiri? Allahhuakbar. Jahilkah mereka ini dengan agama Islam?

Di manakah pemimpin mereka yang mendidik mereka dengan jiwa Islam? Benarkah mereka ini (ahli UMNO) dididik dengan Islam yang dibawa oleh Rasullullah? Allahhuakbar, Allahhuakbar. Allahhuakbar.

Insafilah sebelum Allah menurunkan bala di bumi Malaysia ini. Jangan pula pada ketika itu puak-puak jahil ini menjadi lebih jahil dari sebelumnya.

Ini salah satu contoh kesan Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO Malaysia. Islam Hadhari itu sendiri mati ketika pemimpinnya bertukar ganti. Islam yang dibawa Rasullullah kekal segar selamanya bukan sekadar slogan yang dicipta itu.

Wahai puak-puak yang mempermainkan kalimah suci Allah ini. Kalimah ini bukan milik Pas tetapi sedarlah ia milik Allah S.W.T. Kalimah suci ini tidak boleh dipermainkan apatah lagi dipersendakan.

Kebanyakkan ahli dan penyokong PAS bertakbir kerana ianya sebahagian daripada satu cara hidup.

Kekuatan mereka dijana oleh kekuatan yang ada dengan kalimah takbir ini. Anda pula mempersendakannya. Anda juga Islam.

Tetapi benar kata Rasullullah bahawa dalam Islam juga wujud golongan munafik dan fasik. Adakah dan hendakkah kalian yang mempersendakan kalimah Allah ini berada dalam dua golongan itu? Tepuk dada tanya iman.

Kepada penyokong atas pagar dan penyokong tegar UMNO Be End ini, sedarlah dari kealpaan anda. Beralihlah kepada kumpulan yang menegakkan kebenaran dan kelangsungan hukum Allah.

UMNO Be End bukanlah pilihan terbaik untuk mengembalikan Hak Allah dibumi Malaysia ini. Pakar-pakar agama Islam dalam UMNO Be End ternyata lemah dan gagal untuk menjadikan negara Malaysia ini menegakkan Hak Allah sepenuhnya.

Kuasa adalah kekayaan mereka. Ingatlah anda akan ditanya apakah tindakan anda menegakkan agama Allah didunia ini kalau bukan melalui undi anda. Hanya melalui undian kita boleh merubah segalanya.

Ingatlah Allah Maha Adil walaupun Dia menghumbankan kita ke nerakaNya.

Harakahdaily

Kerajaan Negeri Selangor mempersoalkan kewajaran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein setelah bertemu dengan kumpulan yang mengarak kepala lembu.

Pada dasarnya Kerajaan Negeri tidak membantah sebarang pertemuan yang melibatkan isu hak dan kebajikan sesama rakyat dan pemimpin kerajaan, namun ianya menjadi pertikaian apabila seseorang pemimpin kerajaan bertemu dengan mereka yang sedang disiasat oleh polis kerana terlibat dalam aksi-aksi provokatif yakni mengarak kepala lembu ke Bangunan SUK minggu lalu.


Ekoran daripada tindakan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini, antaranya merupakan anggota parti politik tertentu, lebih 50 laporan polis telah dibuat oleh orang awam, pemimpin masyarakat setempat dan wakil rakyat menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan segera dan tanpa bias ke atas mereka yang terlibat dalam perarakan kepala lembu.


Namun apa yang dikesali ialah, sementara polis masih menjalankan siasatan, Hishammuddin mengambil langkah untuk bertemu dengan mereka ini, malah mempertahankan mereka habis-habisan bahawa tindakan mengarak lembu di luar kawalan penganjur perarakan dan bukan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan perkauman.
Jelas pertemuan Hishammuddin adalah untuk memberikan perlindungan politik kepada kumpulan ini dengan menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri yang menguasai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan menyalahkan kerajaan negeri dalam kejadian mengarak kepala lembu itu untuk menutup kegagalan pihak polis mengelakkan kejadian penghinaan agama itu daripada terjadi, apatah lagi kejadian tersebut berlaku di perkarangan Bangunan SUK. Harapan masyarakat umum agar pihak polis menjalankan siasatan dengan saksama dan tanpa bias dijangka tidak dapat menjadi realiti kerana Menteri Dalam Negeri sendiri telah memberi kata-kata perlindungan kepada mereka yang membuat provokasi perkauman.

Malaysia Today

Fakta – Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR dalam mesyuaratnya hari ini, sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

“Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.


Mengenai surat pemakluman daripada Speaker DUN Kedah, Abdul Aziz menjelaskan bahawa Abu Hassan telah diberi peluang untuk menjelaskan sebab sebenar ketidakhadiran beliau dalam sidang itu.


“SPR telah meneliti surat daripada beliau yang memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam Sidang Dewan pada 9 Ogos 2009. Bersama surat itu dilampirkan surat cuti sakit daripada doktor yang mendapati beliau tidak sihat untuk menjalankan tugas selama dua hari iaitu dari 9 hingga 10 Ogos.


“Turut diteliti ialah kenyataan beliau bahawa beliau telah menghantar sms (khidmat pesanan ringkas) kepada Ketua Pembangkang untuk memaklumkan mengenai ketidakhadiran itu kerana sakit dada,” katanya.
(Speaker sebenarnya memaklumkan sahaja kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN itu kerana penyandangnya tidak mengikut peraturan. SPR pula mengisytiharkan kerusi itu kosong dan menguruskan PRK di situ. Itu sahaja.


Tapi bila SPR melampaui keputusan speaker, tambahan pula kerusi itu milik BN, bertambah kuatlah sangkaan umum bahawa ‘SPR adalah celaka dan kuda tunggangan BN.’

Anwar Ibrahim Blog

Oleh Zamri Omar

Akhirnya setelah memerintah Jepun selama 54 tahun, Parti Liberal Demokratik (LDP) tumbang pada tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ). Di Malaysia Umno yang memimpin Perikatan dan Barisan Nasional telah memerintah selama 52 tahun, sama usia negara mencapai kemerdekaan, adakah ia mampu mengatasi keupayaan LDP?


Dua tahun lagi ialah 2011, begitu hampir dengan pilihan raya ke-13, suatu yang kritikal bagi Malaysia, adakah negara ini kekal memilih Barisan Nasional atau beralih ke Pakatan Rakyat. Jika diukur dengan LDP, maka masanya sampai bagi Malaysia memilih Pakatan Rakyat. Tetapi tidaklah semudah itu, tentunya Jepun adalah berbeza. Ketahanan Barisan nasional adalah lebih ampuh daripada Jepun.


Ini kerana amalan politik Jepun dan Malaysia jauh berbeza. Walaupun LDP memerintah 54 tahun, ia adalah sebuah parti liberal dan demokratik dalam negara yang juga liberal dan demokratik. Jepun dari satu segi telah dipaksa oleh Amerika Syarikat yang menakluk negara itu selepas Perang Dunia Kedua untuk menjadikannya liberal dan demokratik.


Dalam perlembagaan baru yang digubal atas penyeliaan Amerika, Jepun menjadi liberal dan demokratik di mana semua parti politik dibenarkan ditubuhkan kecuali parti berbentuk fasis dan ultra-nasionalis. Maka dalam keadaan ini, parti-parti kiri termasuk Parti Komunis Jepun (JCP) turut dibenarkan ditubuhkan.
Tentulah keadaanya berbeza daripada Malaysia. Negara ini tidak boleh dikatakan liberal dan demokratik dalam erti kata seperti di Jepun dan negara-negara maju yang lain. Memang benar dalam Rukun Negara disebut bahawa matlamat Malaysia antara lain adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan demokratik, tetapi hakikatnya tidak begitu.


Amalan liberal dan demokratik di Malaysia mempunyai makna tersendiri yang tentu di Barat, termasuk Jepun tidak menganggapnya sebagai demokratik dan liberal. Keadaan ini berlaku walaupun Jepun adalah sebuah negara Asia yang masyarakatnya tidaklah boleh dianggap begitu liberal dan demokratik berbanding dengan negara-negara Barat.


Maka LDP perlu diakui sebagai parti yang berjaya membawa Jepun ke arah demokrasi setelah pemerintahan fasis semasa dan sebelum Perang Dunia Kedua. Selain itu, LDP telah berjaya membawa kemakmuran ekonomi di Jepun setara dengan negara-negara maju lain. Tetapi lebih penting lagi, ia berupaya mengekalkan kuasanya selepas 54 tahun tanpa menekan pesaing-pesaing politiknya dengan pelbagai akta yang tidak bersifat liberal atau demokratik.


Berbeza dengan Malaysia. Negara ini lahir selepas dijajah oleh fasis Jepun. Kalau Amerika yang menawan Jepun selepas kejatuhan fasis memperkenalkan perlembagaan aman dan demokratik, perkara yang sama tidak berlaku di Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara. Ketiga-tiga wilayah ini hendak dikekalkan sebagai tanah jajahan Britain apabila mereka memperkenalkan Malayan Union dan Sarawak serta Borneo Utara dijadikan tanah jajahan mahkota menggantikannya daripada menjadi tanah syarikat Inggeris.
Sikap Britain dan penjajah Barat di Asia Tenggara seperti Perancis dan Belanda mendorong pihak komunis antarabangsa di Moscow menjadikan isu penjajahan sebagai laungan perjuangannya bagi menentang sistem kapitalisme dan imperialisme pimpinan Amerika. Maka parti-parti komunis diarahkan bangkit dan memperjuangkan kemerdekaan.


Ia berlaku di Vietnam, Hindia Timur Belanda dan juga Tanah Melayu apabila Parti Komunis Malaya (PKM) bangkit menentang Britain dengan menggunakan senjata di bawah laungan perjuangan kemerdekaan. Atas desakan ini, Britain dan penjajah lain menimbangkan bahawa adalah lebih baik diwujudkan negara-negara merdeka yang menjadi sekutu mereka daripada wilayah-wilayah ini tumbang menjadi komunis.


Maka perang menentang komunis dilakukan di Tanah Melayu dengan nama darurat. Sokongan juga diberikan pejuang-pejuang kemerdekaan yang bukan komunis. Malah sistem politik tradisi yang telah dimansuhkan melalui Malayan Union dipulihkan dan diperbaiki melalui pengenalan Persekutuan Tanah Melayu.


Walaupun asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah liberalisme dan demokratik tetapi ia diketatkan dengan kerangka tradisional kerajaan-kerajaan negeri Melayu serta peruntukan-peruntukan yang membolehkan adanya undang-undang yang jauh daripada apa yang disifatkan sebagai liberalisme dan demokratik.


Akta seperti Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) dan Akta Mesin cetak digubal daripada suasana menentang komunisme. Maka tidak hairanlah kongkongan adalah kuat terhadap kepelbagaian politik di mana parti-parti kiri, bukan saja PKM diharamkan atau pemimpin-pemimpinnya ditangkap hingga parti lain tidak dapat beroperasi.


Maka vakum politik inilah diisi dengan mudah oleh Umno. Pada awalnya iaitu tahun 1955, pihak penjajah juga tidak tahu sama ada rakyat, iaitu kebanyakannya orang Melayu akan menyokong Umno atau Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Datuk Onn. Kedua-duanya tidak banyak berbeza. Perikatan Umno-MCA-MIC adalah tidak banyak berbeza dengan IMP.


Maka apabila Umno menang, parti ini terus memegang kuasa. Walaupun kemudian negara mencapai kemerdekaan, undang-undang, dan lebih penting lagi amalan serta sikap politik yang bersifat mengongkong. Justeru walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, amalan mengongkong ini masih berterusan. Ia diteruskan antara lain kerana masih berlaku darurat. Dalam erti kata bahawa kemerdekaan sebagai kebebasan, hari itu tidak memberi makna besar.


Akhirnya Darurat berakhir pada tahun 1960, iaitu dua tahun selepas kemerdekaan. Terdapatlah tambahan kebebasan. Tetapi peraturan dan banyak undang-undang darurat masih dikekalkan kerana saki-baki komunis masih ada. Yang pasti parti komunis walaupun dalam bentuk damai tidak diizinkan. Ini berbeza daripada Jepun dan India di mana parti-parti komunis mereka bebas. Rundingan Baling yang merupakan kunci kepada kemerdekaan Tanah Melayu menafikan komunis daripada hak menubuhkan parti politik.


Namun begitu, Umno sebagai kerajaan telah menggunakan ISA yang bagi aktivis pembangkang sebagai menekan mereka. Pemimpin-pemimpin PAS, Parti Rakyat dan Parti Buruh telah ditahan di bawah ISA. Politik tekanan ini membuatkan Umno berada dalam kedudukan kuat.


Justeru hari ini walaupun Umno ditekan dengan kebangkitan pembangkang tetapi banyak undang-undang warisan Darurat masih ada. Justeru, Umno tidak akan jatuh secepat LDP. Ini kerana selama ini ia memerintah dengan menolak nilai liberalisme dan demokratik, tidak seperti LDP. Maka pada tahun-tahun mendatang, keadaan lebih kritikal dan peralihan antara sistem satu parti kepada sistem dua parti adalah lebih memeritkan berbanding dengan Jepun.

Malaysiakini

Pemimpin PAS diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai PAS, termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.

Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw (kanan), berkata masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.

"Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar PAS yang tidak berteraskan perkauman.

Hu berkata kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seolah-olah tidak diendahkan parti itu.

"Jika serius segerakanlah perkara ini dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai PAS," katanya.

Hu berkata kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. BERNAMA

Malaysiakini

PAS menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan menerima kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah dengan alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negeri.

"SPR tiada kuasa untuk membuat tafsiran atau keputusan kerana kekosongan DUN Kota Siputeh yang boleh diputuskan oleh Speaker dan mesyuarat dewan sahaja," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

"Maka, dengan sendirinya keputusan SPR itu terbatal dan tidak terpakai. Maka perkara ini perlu dibawa kepada mesyuarat DUN atau Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan."

Semalam SPR wakil BN itu Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal di kerusi DUN tersebut dengan alasan "tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama".

Abu Hassan juga menyediakan surat cuti sakit sebagai alasan ketidakhadirannya di sidang DUN.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Beliau juga berkata, SPR dalam proses membuat keputusan tersebut telah surat cuti sakit daripada doktor mesej SMS kepada ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk memaklumkan masalah sakit dada yang dialami ADUN Kota Siputeh.

Sebelum ini Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan yang didakwa hilang keanggotaannya.

Surat itu memaklumkan bahawa ADUN Umno itu hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.
Seksyen 51 perlembagaan negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dalam kenyataannya hari ini, sebagai mengulas keputusan suruhanjaya tersebut, Idris berkata keputusan SPR tetap bertentangan dengan Perkara 51 yang tidak menyebutkan isu penggal.

"Perkara 51 hanya menyebut tentang mesyuarat tanpa mengasingkannya mengikut penggal dan kuasa memberikan kebenaran adalah di tangan Speaker, bukannya ketua pembangkang yang gagal melakukan tugasnya pada waktu kejadian," katanya.

Idris juga berkata keputusan SPR ini juga bercanggah dengan Perkara 52 undang-undang tubuh Kedah yang menyebut: "Jika berbangkit apa-apa soalan fasal adakah mana-mana Ahli Dewan Negeri itu tiada layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusan Dewan dan itulah yang muktamad."

Tambahnya, PAS sekali lagi menyatakan pendirian menolak keputusan SPR dan meminta agar pihak SPR menghormati kuasa Speaker dan DUN Kedah.


 

Blogger Template Disign by 6Jahanam at Web Hosting Reviews